HIJRAH IALAH PERPINDAHAN DARI SATU TEMPAT KE TEMPAT KE SATU TEMPAT YANG LAIN

Jumaat, 22 Julai 2011

HIJRAH KEKASIH ALLAH (SEMASA)

SEMASA

6. Pada malam hijrah, rumah Rasulullah S.A.W dikepung oleh orang kafir Quraisy.
7. Rasulullah S.W.A meminta Ali Bin Abi Talib supaya berbaring di tempat tidur baginda.
8.Rasulullah membaca ayat ke-9 surah Yasin hingga menyebabkan semua yang mengepung tidak dapat melihatnya.
9. Rasulullah S.A.W menuju ke rumah Abu Bakar. Pada malam itu juga mereka keluar melalui pintu  belakang rumah Abu Bakar.
10. Kumpulan yang mengepung rumah baginda berang apabila mendapati Ali yang berbaring terus memulakan usaha mencari yang akhirnya membawa mereka ke depan pintu Gua Thur.
11. Burung merpati dan sarang labah-labah yang terdapat di depan pintu Gua Thur menyebabkan musuh menyangka tiada sesiapa didalam gua tersebut.
12. Setelah 3 hari berlindung di dalam Gua Thur, Rasulullah S.A.W  dan Abu Bakar meneruskan perjalanan dengan menelusuri jalan pantai menuju ke Madinah.
13. Terserempak dengan Suraqah yang memburu Rasulullah S.A.W.
14. Singah di khemah Ummu Maabad.
15. Terserempak dengan Abu Buraydah yang turut memburu Rasulullah S.A.W
16. Tiba di Quba' yaang terletak di pinggiran Madinah. Rasulullah S.A.W membina masjid pertama di situ.
17. Dari Quba', mereka menuju ke Madinah pada hari Jumaat. Rasulullah S.A.W menunaikan solat Jumaat disitu bersama Bani Salim. Inilah solat Jumaat pertama dalam Islam dan Khutbah Jumaat pertama.
18. Tiba di Madinah, ketibaan Rasulullah S.A.W yang agung disambut dengan meriah diiringi irama memuji Baginda.
19. Penduduk Madinah berebut-rebut menjemput Baginda singgah dan menetap dirumah mereka, namun Baginda membiarkan untanya berhenti ditempat yang ia sukai kerana itu adalah wahyu.
20. Unta Rasulullah S.A.W akhirnya berlutut dihadapan rumah Abu Ayub al-Ansori.
21. Baginda dijemput oleh Abu Ayub agar tinggal
 dirumahnya sementara menunggu masjid Nabawi siap dibina.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan