HIJRAH IALAH PERPINDAHAN DARI SATU TEMPAT KE TEMPAT KE SATU TEMPAT YANG LAIN

Khamis, 4 Ogos 2011

HIJRAH

Perpindahan dari satu tempat ke satu tempat.

Allah berfirman :

9:20
 MafhumNya :
"Orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwa mereka, lebih besar darjatnya di sisi Allah SWT. Dan mereka adalah orang yang mendapat kemenangan" .
(Surah at-Taubah :20)

HIJRAH

Perpindahan dari satu tempat ke satu tempat.

Allah berfirman :
9:20
 MafhumNya :
"Orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwa mereka, lebih besar darjatnya di sisi Allah SWT. Dan mereka adalah orang yang mendapat kemenangan" .
(Surah at-Taubah :20)

RENUNGAN

TENTERA ALLAH

Maha Hebat Allah yang menjadikan sarang labah-labah dan merpati yang zahirnya begitu lemah untuk melindungi dua orang kekasihnya didalam Gua Thur.
Namun di situlah kehebatan kuasa Allah yang pernah menjadikan AIR untuk menewaskan Firaun dan bala tenteranya, NYAMUK untuk membunuh Namrud, serta BURUNG dan BATU KECIL ketika memusnahkan tentera bergajah Abrahah.

INGATLAH!
Dan kita sebagai umat Islam akhir zaman, pasti ada bantuan yang sama dengan syarat kita berhijrah dengan tenaga, harta, masa dan jiwa.

Jumaat, 22 Julai 2011

HIJRAH KEKASIH ALLAH (SELEPAS)

SELEPAS  
22. Membina Masjid Nabawi.
23. Menyatukan golongan-golongan Ansar (Aus dan Khazraj)
24. Menubuhkan negara Islam yang pertama di dunia dan Rasulullah S.A.W menjadi pemimpinnya.
25. Mewujudkan Piagam Madinah dan menyatukan seluruh penduduk dengan aman.


KATA PUJANGGA


" ORANG YANG BERJAYA IALAH ORANG YANG MEMAKSA DIRINYA BERUBAH (BERHIJRAH),  MANAKALA ORANG YANG GAGAL, BERUBAH HANYA APABILA TERPAKSA. OLEH SEBAB ITU BERUBAH (BERHIJRAH ADALAH SIFAT ORANG YANG BERJAYA. :-)

SELAMAT MEMBACA......

HIJRAH KEKASIH ALLAH (SEMASA)

SEMASA

6. Pada malam hijrah, rumah Rasulullah S.A.W dikepung oleh orang kafir Quraisy.
7. Rasulullah S.W.A meminta Ali Bin Abi Talib supaya berbaring di tempat tidur baginda.
8.Rasulullah membaca ayat ke-9 surah Yasin hingga menyebabkan semua yang mengepung tidak dapat melihatnya.
9. Rasulullah S.A.W menuju ke rumah Abu Bakar. Pada malam itu juga mereka keluar melalui pintu  belakang rumah Abu Bakar.
10. Kumpulan yang mengepung rumah baginda berang apabila mendapati Ali yang berbaring terus memulakan usaha mencari yang akhirnya membawa mereka ke depan pintu Gua Thur.
11. Burung merpati dan sarang labah-labah yang terdapat di depan pintu Gua Thur menyebabkan musuh menyangka tiada sesiapa didalam gua tersebut.
12. Setelah 3 hari berlindung di dalam Gua Thur, Rasulullah S.A.W  dan Abu Bakar meneruskan perjalanan dengan menelusuri jalan pantai menuju ke Madinah.
13. Terserempak dengan Suraqah yang memburu Rasulullah S.A.W.
14. Singah di khemah Ummu Maabad.
15. Terserempak dengan Abu Buraydah yang turut memburu Rasulullah S.A.W
16. Tiba di Quba' yaang terletak di pinggiran Madinah. Rasulullah S.A.W membina masjid pertama di situ.
17. Dari Quba', mereka menuju ke Madinah pada hari Jumaat. Rasulullah S.A.W menunaikan solat Jumaat disitu bersama Bani Salim. Inilah solat Jumaat pertama dalam Islam dan Khutbah Jumaat pertama.
18. Tiba di Madinah, ketibaan Rasulullah S.A.W yang agung disambut dengan meriah diiringi irama memuji Baginda.
19. Penduduk Madinah berebut-rebut menjemput Baginda singgah dan menetap dirumah mereka, namun Baginda membiarkan untanya berhenti ditempat yang ia sukai kerana itu adalah wahyu.
20. Unta Rasulullah S.A.W akhirnya berlutut dihadapan rumah Abu Ayub al-Ansori.
21. Baginda dijemput oleh Abu Ayub agar tinggal
 dirumahnya sementara menunggu masjid Nabawi siap dibina.

Khamis, 21 Julai 2011

HIJRAH KEKASIH ALLAH (SEBELUM)


SEBELUM

1. Orang kafir Quraisy merancang bunuh Rasulullah S.A.W dengan melibatkan wakil semua kabilah.

2. Rasulullah S.A.W telah menerima wahyu dari Allah tentang rancangan kejam orang kafir Quraisy
    melalui malaikat Jibril.

3. Allah S.W.T memerintahkan supaya Rasulullah S.A.W berhijrah ke Madinah.

4. Rasulullah S.A.W memaklumkan Abu Bakar bahawa mereka telah diizinkan untuk berhijrah.Baginda keluar menuju ke rumah Abu Bakar pada waktu tengahari tatkala matahari terik serta berkelubung kepala supaya orang tidak mengenalinya.

5.Abu Bakar menyiapkan segala keperluan untuk berhijrah seperti unta dan bekalan makanan.